Pengikut Boyzzonne

Sunday, August 26, 2012

(Penjaga Gol kebangsaan) Apek terlibat kemalangan di Bachok


KOTA BHARU - Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan ketika keluar dari simpang di Kampung Badak, Bachok dekat sini malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Khairul Fahmi yang memandu kereta jenis
Audi milik bapanya, Che Mat Hussain hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanan.
Khairul Fahmi ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam memberitahu, kemalangan tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas pulang beraya di rumah saudaranya di Bachok.
"Kemalangan tersebut berlaku ketika saya hendak keluar dari simpang dan berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua MyVi.
"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan ia tidak melibatkan kecederaan serius kepada diri saya," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive