Pengikut Boyzzonne

Sunday, August 26, 2012

Pernah mahu bunuh diri angkara Roulette


Merana Angkara Judi Roulette


KUALA LUMPUR: “Saya pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak sanggup berdepan hakikat kehilangan segala-galanya dalam hidup,” kata Helmi (bukan nama sebenar).

Gara-gara kemaruk judi roulette, Helmi, 30-an, bukan saja diisytiharkan
muflis dan kehilangan segala harta bendanya, malah ketagihannya terhadap permainan judi Internet itu turut menghancurkan rumah tangganya.

Daripada kehidupan mewah sebagai ‘tauke’ restoran diusahakannya, hidup Helmi kini ibarat ‘langit dan bumi’ berbanding tiga tahun lalu.

“Semua kawan terkejut melihat kehidupan saya sekarang. Mereka tidak percaya apabila tengok saya hidup bergelandangan dan pernah tidur di bawah jambatan.

“Jika tidak kerana mengenangkan anak, mungkin saya tiada lagi di dunia ini. Saya bersyukur kerana iman masih kuat untuk menempuhi dugaan ini,” katanya sebak.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive