Dr Ismail Ibrahim, bekas Ketua Pengarah Ikim dan bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi. |
SAYA pernah terbaca sebuah kisah sejarah agak lama dulu tentang keadaan umat Islam yang sering bersengketa dan berkelahi sesama sendiri.
Kalau tak salah ingatan saya, seorang hukamak atau pendeta Islam pada masa itu telah ditanya oleh para sahabatnya: Apakah akan jadi kepada umat Islam ini pada masa hadapan kerana mereka nampaknya asyik berselisih pandangan sehingga kadang-kadang membawa kepada pergaduhan fizikal yang mengancam keselamatan diri mereka masing-masing sekiranya tidak terdapat orang tengah di antara mereka yang dapat meleraikannya.
Kalau tak salah ingatan saya, seorang hukamak atau pendeta Islam pada masa itu telah ditanya oleh para sahabatnya: Apakah akan jadi kepada umat Islam ini pada masa hadapan kerana mereka nampaknya asyik berselisih pandangan sehingga kadang-kadang membawa kepada pergaduhan fizikal yang mengancam keselamatan diri mereka masing-masing sekiranya tidak terdapat orang tengah di antara mereka yang dapat meleraikannya.
Hukamak itu menjawab: Tak usahlah dibimbangkan wahai saudaraku kerana
orang Islam ini adalah ibarat sekumpulan serigala yang sering bercakaran dan bergomol sesama sendiri, tetapi mereka akan segera bersatu sekiranya mereka terpaksa berhadapan dengan musuh bersama yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan mereka. Mereka akan bersatu mengumpulkan kekuatan bersama untuk mengalahkan musuh mereka itu!
Cerita ini amat tinggi moral dan pengajarannya kepada umat Islam pada masa kini iaitu dalam menghadapi sesuatu ancaman atau cabaran dari musuh bersama maka sepatutnya umat Islam seluruhnya haruslah bersatu untuk menghadapi musuh bersama itu, bukan bertindak sebaliknya iaitu akan menyebelahi musuh Islam itu pula bagi menentang sesama umat Islam yang dianggap sebagai musuhnya!
Sebenarnya saya teringatkan kisah tersebut ialah kerana menurut berita yang saya dengar dan baca, para penyokong parti politik yang dinggotai oleh orang Islam akan turun menunjukkan perasaan mereka secara bersama pada hari Jumaat 21 September meskipun mereka terdiri dari kumpulan-kumpulan yang bermusuh dalam ideologi politik kerana mereka merupakan pengikut parti yang bermusuh.
Memanglah ruh kesatuan ini benar-benar merupakan mesej cerita beberapa kumpulan serigala itu yang sering bergomol, tetapi akan melupakan permusuhan itu apa bila mereka terpaksa menguruskan masalah mereka dengan musuh bersama yang meremehkan mereka atau mengancam keselamatan mereka.
Memanglah ruh kesatuan ini benar-benar merupakan mesej cerita beberapa kumpulan serigala itu yang sering bergomol, tetapi akan melupakan permusuhan itu apa bila mereka terpaksa menguruskan masalah mereka dengan musuh bersama yang meremehkan mereka atau mengancam keselamatan mereka.
Oleh itu mungkin sekiranya bantahan bersama ini benar-benar dapat direalisasikan maka mungkin hal ini merupakan di antara fakta sejarah yang dapat menyatukan para pengikut parti politik Islam yang berbeza-beza itu untuk bersatu melupakan ideologi kepartian mereka untuk sama-sama menunjukkan kepada dunia bahawa ancaman dan cabaran yang ditujukan kepada Islam dan Rasulnya itu adalah merupakan satu cabaran yang serius dan amat menyentuh maruah serta perasaan umat Islam seluruhnya yang seharusnya dibantah.
Bagaimanapun saya percaya, bahawa dalam cerita serigala itu, setelah mereka selesai menghadapi musuh bersama dan menghancurkannya atau menghambatnya pergi jauh, mungkin mereka akan kembali bersengkita dan bergomol kembali, kerana hal itu telah menjadi tabiat mereka yang menjadi ritual harian mereka, bergaduh dan bergomol sehinggalah tiba masanya pada satu ketika yang akan datang apabila satu musuh bersama yang lain akan lahir semula mencabar kekuatan mereka sekali lagi, maka pada masa itu mereka akan bersatu semula menentang musuh bersama itu.
Bagaimanapun serigala adalah binatang yang tidak mempunyai akal dan tidak dapat berfikir seperti manusia. Maka segala-segalanya yang mereka lakukan adalah berdasarkan naluri dan emosi semula jadi mereka sebagai makhluk yang tidak mempunyai ilmu dan hikmah.
Oleh itu, kita tentulah tidak merasa terkejut apabila memikirkan bahawa pada masa kini nampaknya manusia telah menjadi semakin buruk perangainya dari haiwan itu iaitu apabila kita melihat segala peristiwa ganas dan kejam yang berlaku sesama mereka di dalam dunia yang canggih ini, pada masa kini, pada saat semakin ramai manusia yang berilmu, berakal dan pandai berfikir ini, namun manusia kelihatan menjadi semakin ganas dan buas.
Namun saya percaya, umat Islam di negara kita, yang nampaknya semakin hebat berkrisis dan bergomol seperti serigala yang disebutkan di dalam cerita di atas, akan segera kembali kepada kematangan dan kerasionalannya, kesatuan dan kekuatannya selepas menyedari betapa seriusnya mereka kini sedang dicabar dari segenap penjuru, kiri dan kanan, atas dan bawah, oleh musuh yang terang-terang atau musuh dalam selimut, atau teman-teman rapat sendiri yang sering bermimpi dengan mimpi-mimpi yang berlainan, walaupun mereka sama-sama tidur di atas bantal yang sama kerana jika malang tidak berbau, maka kini nampaknya musuh juga tidak berbau.
Kalau kita melihat sesetengah masyarakat Islam di tempat-tempat lain mereka terus menerus bergomol walaupun ketika menghadapi musuh bersama, maka rakyat Muslim Malaysia cuba-cubalah meniru masyarakat serigala itu, dan seterusnya bertindak dengan lebeh baik lagi untuk terus menerus menyelesaikan kerisis mereka sesama sendiri ketika "perang" atau ketika "aman" dengan penuh jujur dan ikhlas, bukan hanya turun berjalan dan berarak membuat bantahan secara bersama, sedangkan di dalam kepala dan hati masing-masing masih berfikir bagaimanakah akan "aku usahakan menjahanamkan teman sebelah aku ini dalam politiknya selepas demonstrasi ini!"
Kalau demikianlah juga sifatnya kita pada hari ini, baiklah kita ramai-ramai menjelma menjadi serigala daripada menjadi manusia!
Datuk Dr Ismail Ibrahim, bekas Ketua Pengarah Ikim
No comments:
Post a Comment