Pengikut Boyzzonne

Friday, September 21, 2012

Sumbat Kokain Dalam Gula-gula


ACCRA – Pengedar dadah sanggup mempertaruhkan nyawa kanak-kanak apabila mereka tergamak menyeludup kokain dalam gula-gula lolipop bagi mengaburi pihak berkuasa.
Semalam, ratusan bungkusan gula-gula itu yang mengandungi kokain ditemui Pasukan Pengawal Sempadan Britain (UKBF) di sebuah lapangan terbang di Ghana. Dadah itu – dianggarkan bernilai (RM992,000) – ditemui disembunyikan dalam lolipop berwarna-warni dan
dibungkus dengan beg plastik. Anggota UKBF berpangkalan di lapangan terbang itu menemui kokain berkenaan selepas memotong lapisan luar gula-gula berkenaan.
Seorang lelaki Ghana berusia 29 tahun ditahan selepas bungkusan berkenaan ditemui dalam beg pakaiannya. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Mark Harper, berkata penemuan itu menunjukkan bagaimana pengedar dadah tergamak meletakkan kanak-kanak dalam risiko semata-mata mahu melepasi kawalan pihak berkuasa dalam aktiviti mereka menyeludup dadah.
“Dagangan dadah antarabangsa adalah perniagaan keji dan UKBF memainkan peranan penting menghalangnya,” katanya.
Pihak berkuasa Britain bekerjasama dengan Ghana sejak enam tahun lalu bagi membanteras aktiviti penyeludupan dadah menggunakan negara Afrika Barat sebagai laluan ke Britain.
Sepanjang tempoh itu, mereka merampas 860 kilogram kokain dan 323 kilogram heroin, selain menahan 170 pembawa dadah. Pengarah Kastam UKBF, Tom Dowdall, berkata sesiapa yang termakan gula-gula berisi kokain itu boleh menemui ajal.
“Penemuan terbaru ini amat mengejutkan dan berbahaya,” katanya. – TS

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive