Pengikut Boyzzonne

Saturday, September 22, 2012

Remaja Ini Cipta ‘Kotak Cium’, Khas Untuk Pasangan Memadu Asmara


SEORANG remaja berusia 13 tahun di China sering merasa ‘rimas’ apabila hobinya bersiar-siar di taman bunga kerap ‘diganggu’ telatah ramai pasangan
kekasih yang menggunakan kawasan tersebut untuk memadu asmara.
Lalu dia terfikir untuk berbuat sesuatu mengenainya.
Untuk itu remaja lelaki ini telah mencipta satu
kotak khas bagi membolehkan mereka yang ingin berbuat demikian memadu asmara tanpa menyakitkan mata mereka yang melihat perbuatan sumbang berkenaan.
Memandangkan ia mendapat sambutan ‘hangat’, remaja lelaki ini sekarang mengenakan bayaran kira-kira RM2 untuk sekali masuk – dengan tempoh maksimum dua minit sahaja.
Kata remaja ini, ‘mata tak sakit, poket pun kembung’!
Ketika ditanya bagaimana sekiranya ada pasangan yang mahukan tempoh yang lebih ‘lama’, jawapannya mudah saja.
” Kalau bayar lebih, buatlah berapa lama pun…tapi cium saja tau!,” katanya.
Macam-macam…

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive