Pengikut Boyzzonne

Friday, September 21, 2012

Shakira, Gerard Pique Tunggu Bayi Pertama


BOGOTA – Penyanyi pop Colombia, Shakira hari ini mengesahkan beliau mengandung bayi pertama dengan pasangannya bintang bola sepak Sepanyol, Gerard Pique dan menangguhkan aktiviti promosi bagi memberi tumpuan terhadap
kandungannya.
“Seperti yang anda ketahui, saya dan Gerard amat gembira dan teruja untuk menyambut kelahiran bayi pertama kami,” kata Shakira dalam satu kenyataan dalam laman webnya.
“Katika ini, kami mengambil keputusan untuk memberi tumpuan terhadap saat-saat berharga dalam hidup kami, justeru kami menangguhkan semua aktiviti dalam minggu ini,” katanya.
Penyanyi “Hips Don’t Lie” itu berkata, beliau juga tidak akan menyertai Festival Musik iHeartRadio pada Jumaat dan Sabtu ini di Las Vegas.
Ia adalah bayi pertama kepada Shakira, 35, dan Pique, 25, yang kini bermain untuk Barcelona yang mengesahkan perhubungan mereka terjalin sejak Mac tahun lalu. – AFP

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive