Pengikut Boyzzonne

Saturday, September 22, 2012

Drogba 'gembira' di Shanghai Shenhua


DIDIER Drogba menegaskan bahawa dia "benar-benar gembira" di China dan bercadang untuk memikirkan semula kontrak dua tahun setegahnya itu.
Bekas penyerang Chelsea yang berusia 34 tahun itu telah menyertai kelab Shanghai pertengah tahun ini.
Drogba telah menjaringkan lima gol dalam tujuh perlawanan sejak penampilannya di Liga Super China.
"Saya berharap saya mampu melakukan lebih
berbanding sebelum ini.
"Saya benar-benar tidak menyesal atas pilihan saya kerana terlepas dari saingan Liga Perdana Inggeris walaupun ia merupakan Liga terbaik dunia," jelas Drogba.
Beliau turut menyatakan tiada alasan untuknya meninggalkan kelab itu kerana dia sangat gembira di sana.
Droba turut menafikan laporan yang menyatakan beliau tidak dibayar oleh kelab China itu.
"Sekarang saya hanya mahu memberi tumpuan  kepada kehidupan saya sekarang terutamanya kepada Liga Super China ini.
"Mudah-mudahan apabila kontrak saya tamat dalam tempoh beberapa tahun ini, orang akan mengenang tentang kehebatan saya memenangi Liga Juara-juara Asia," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive