FRANKFURT - Pihak berkuasa Jerman kelmarin menggesa orang ramai supaya berhenti melayari internet menggunakan pelayar web Internet Explorer milik Microsoft Corp.
Gesaan itu dibuat berikutan penemuan satu lagi virus dalam pelayar web tersebut yang menyebabkan komputer peribadi terdedah kepada serangan penggodam.
Masalah yang menjejaskan beratus-ratus juta pengguna
Internet Explorer di seluruh dunia itu dikatakan timbul pada pada hujung minggu lalu.
Menurut Microsoft, penggodam boleh mengeksploitasi virus untuk menggodam komputer seseorang yang melayari satu laman web yang mengandungi virus, sebelum mengambil alih komputer mangsanya.
Pejabat Persekutuan Keselamatan Maklumat Jerman (BSI) menyatakan bahawa pihaknya sedar mengenai sasaran serangan tersebut.
"Virus yang tersebar dengan pantas itu amat membimbangkan," kata pihak berkuasa Jerman dalam satu kenyataan.
BSI menasihati semua pengguna Internet Explorer supaya menggunakan pelayar web alternatif sehingga Microsoft Corp. mengeluarkan satu perkembangan mengenai keselamatannya. - Reuters
No comments:
Post a Comment