Pengikut Boyzzonne

Saturday, September 22, 2012

Ban anggap filem anti-Islam keji dan memalukan


NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon (gambar) menyelar filem anti-Islam, Innocence of Muslims yang menyinggung perasaan dan mencetuskan protes di seluruh dunia sebagai keji serta memalukan.
Menyifatkan kebebasan bersuara dan hak berhimpun sebagai sesuatu yang tidak dapat dipisahkan, Ban kelmarin berkata, ia perlu diberi jaminan dan dilindungi apabila digunakan bagi
tujuan keadilan serta berniat baik.
"Apabila sesetengah orang menggunakan kebebasan bersuara ini untuk melakukan provokasi atau menghina nilai dan kepercayaan orang lain, maka ia tidak perlu dilindungi dalam apa jua cara sekalipun," kata Ban kepada wartawan di ibu pejabat PBB di sini.
"Walaupun kebebasan bersuara adalah hak asas dan istimewa, ia tidak sepatutnya disalah guna menerusi tindakan yang keji dan memalukan seperti ini."
Filem yang menghina Nabi Muhammad SAW telah mencetuskan protes ganas di seluruh dunia Islam. Ia turut menjadi punca kepada serangan ke atas Konsulat Amerika Syarikat (AS) di Benghazi, Libya dan menyebabkan empat maut termasuk dutanya, Chris Stevens.
Video amatur bajet rendah itu adalah hasil kerja Nakoula Basseley Nakoula yang merupakan seorang penganut Kristian Koptik Mesir. Dia pernah disabit melakukan penipuan ketika menetap di Carlifornia kini sedang menyembunyikan diri. - AFP

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive