Pengikut Boyzzonne

Friday, September 21, 2012

Dendam berdarah | 50 polis kawal hospital


TAMPIN: Tiga lelaki dipercayai bekas tahanan Ordinan Darurat melakukan tiga serangan ‘ala Mafia’ dipercayai bermotifkan dendam lama di sekitar bandar ini kelmarin, menyebabkan seorang lelaki terbunuh, seorang parah ditetak, manakala
dua remaja lelaki berusia 16 tahun cedera.


Dalam insiden pertama jam 10.30 malam, ketiga-tiga suspek bersama lebih 15 rakan mereka yang bermotosikal menyerang dua remaja berusia 16 tahun di sebuah kedai mencuci kenderaan di Repah, di sini, menyebabkan kedua-dua mangsa cedera.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, insiden itu berlarutan apabila pada jam 11.30 malam, tiga suspek sama menyerang mangsa kedua, M Sivabalan, 42, di rumahnya di Taman Bukit Tampin, di sini.

Katanya, dua daripada suspek menetak kepala, bahu dan tangan Sivabalan menggunakan parang di depan anak dan isterinya sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Tampin (HT), namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive