Pengikut Boyzzonne

Friday, September 21, 2012

CEO AirAsia rancang bina terminal kos rendah di Kota Kinabalu


KOTA KINABALU - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah AirAsia Bhd Tan Sri Tony Fernandes menggesa kerajaan membangunkan hab penerbangan khusus tambang rendah di Kota Kinabalu, dengnya berkata Sabah terletak di kawasan strategik dalam kawasan pertumbuhan Asean Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).
Ibu negerinya juga merupakan destinasi untuk pelancong yang akan menyumbang kepada
pertumbuhan sektor hotel dan pelancongan pada masa depan, katanya pada jamuan perniagaan antarabangsa Sabah di sini hari ini. Ia turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Mengulas mengenai keputusan kerajaan baru-baru ini bagi memindahkan operasi penerbangan AirAsia ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Fernandes berkata:
"Jika diarah berpindah, saya merupakan orang terakhir berpindah ke terminal itu memandangkan cukai lapangan terbang akan meningkat daripada RM3 kepada RM65.
"Kami tidak membayarnya, tetapi dibayar oleh penumpang."
AirAsia baru-baru ini dilaporkan merayu kepada Kementerian Pengangkutan untuk meneruskan operasi di Terminal 2 KKIA walaupun ia sudah memberi komitmen untuk berpindah ke Terminal 1 pada pertengahan Jun tahun lepas.
Tony Fernandes berkata Syarikat penerbangan itu enggan berpindah dari Terminal 2 ke Terminal 1 memandangkan kos operasi dan cukai lapangan terbang akan meningkat yang akan membebankan penumpang.
Keadaan itu akan menyebabkan jumlah penerbangan akan berkurangan dan akhirnya akan menyebabkan penurunan ketara bilangan pelancong ke Sabah, katanya.
"Di Sabah kami mengangkut kira-kira tiga juta penumpang dari 2009 hingga tahun ini dan menerusi laluan baharu dalam perancangan, kami menjangkakan muatan penumpang akan meningkat kepada enam juta.
"Pertumbuhan tahunan AirAsia bagi Sabah hanya 20 peratus setahun," katanya.
Tony Fernandes yang memulakan perniagaan syarikat penerbangan pada 1993 dan memulakan operasi pada 1996, berkata formula rahsia kejayaannya termasuk tiga set iaitu kos rendah, jenama dan orang ramai.
"Kami bermula dari bawah dengan tumpuan khusus ke atas pasaran Asia, kami perlu memikirkan pasaran tempatan dan kemudiannya pasaran serantau," katanya.
Beliau turut mengumumkan AirAsia akan memulakan penerbangan dari Kota Kinabalu ke Cebu di Filipina pada Disember.
Sementara itu, Musa menasihatkan usahswan tempatan supaya memanfaatkan pertumbuhan ekonomi dengan mencontohi usaha Tony Fernandes yang beliau sifatkan sebagai perniagaan yang berjaya.- Bernama

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive