Pengikut Boyzzonne

Saturday, September 22, 2012

Penyelam Maut Terkena Kipas Bot


KUANTAN- Seorang penyelam maut selepas kepalanya terkena bilah kipas sebuah bot di perairan Pahang dekat Jeti Nenasi, Pekan pagi Sabtu.
Mangsa, Lim Yu Leng, 60, berasal dari Petaling Jaya, Selangor mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata, dalam kejadian 7.15 pagi itu tujuh penyelam termasuk mangsa menaiki sebuah bot pergi ke kawasan berkenaan.
“Sampai di lokasi kejadian kira-kira 10.30 pagi, lima daripada mereka telah turun ke dalam air untuk menjalankan aktiviti selaman di situ.
“Lebih kurang 45 minit kemudian, salah seorang rakannya, Wan Heng Nin, 67, juga dari Selangor telah menghidupkan enjin serta menggerakkan bot untuk mengambil semua penyelam. “Tanpa disedari, kepala mangsa telah terkena bilah kipas bot itu sehingga menyebabkan kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.
Yahaya berkata mangsa yang cedera teruk itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, mayat mangsa kemudiannya di bawa ke jeti berhampiran sebelum dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat. “Polis masih menjalankan siasatan secara terperinci berhubung kejadian terbabit,” katanya. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive