Pengikut Boyzzonne

Friday, September 21, 2012

Saudi Arah 100 Kedai Pakaian Dalam Ditutup


RIYADH – Kementerian Buruh telah mengarahkan penutupan kira-kira 100 kedai pakaian dalam wanita di ibu negara Arab Saudi itu kerana mempunyai lelaki sebagai pekerja jualan mereka, laporan sebuah akhbar pada Ahad.
Al-Eqtisadiah memetik pegawai kementerian sebagai berkata bahawa semua kedai yang melanggar dekri mengenai
“pekerjaan feminisme dan nasionalisme” akan ditutup.
Langkah itu bagi menyediakan persekitaran yang selamat untuk para pekerja wanita.
Kementerian itu pada awal tahun ini telah melarang lelaki daripada menjadi pembantu yang bekerja di kedai pakaian dalam wanita, sebagai langkah permulaan diikuti dengan hanya wanita sahaja dibenarkan menjadi pembantu jurujual di rangkaian kosmetik.
Raja Abdullah telah mengeluarkan sebuah dekri pada Jun 2011 mengenai had tugas untuk wanita di kedai pakaian dalam wanita untuk wanita Arab Saudi dalam usaha untuk mengurangkan jumlah pengangguran wanita yang tertinggi di negara konservatif itu.
Kadar pengangguran di kalangan wanita di negara yang kaya dengan minyak itu dianggarkan sebanyak 30 peratus. – AFP

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive