Pengikut Boyzzonne

Thursday, September 20, 2012

Wanita sekarang beraya dengan baju yang menampakkan COLI

Baju kurung seksi
Betapa hebatnya bulan Ramadhan, orang mahu tengok benda bukan-bukan pun tak jadi nak tengok. Mata segera dialihkan daripada melihat sesuatu yang haram yang boleh membangkitkan nafsu serakah yang buas. "aiiiisshhhh... aku puasa... mana boleh
tengok benda-benda macam tu".

Ini menunjukkan hebatnya asuhan Ramadhan, di mana umat Nabi Muhammad SAW diasuh selama sebulan untuk menahan nafsu buas untuk mengharungi bulan-bulan seterusnya. Sebenarnya, berjaya atau tak kita mengharungi Ramadhan, kita boleh tengok lepas berakhirnya Ramadhan.

Pada pandangan aku, sebenarnya ramai yang kecundang selepas berakhirnya Ramadhan dan bermulanya bulan Syawal. Aku pun sama lah, 2 x 5. Tapi, yang paling jelas sekali adalah, kegagalan diri kita untuk meneruskan momentum Ramadhan jelas sekali terpampang bermulanya 1 Syawal.

Masa orang lain sibuk bersiap-siaga untuk solat sunat 'Idul Fitri, ada pulak manusia yang menyibukkan dirinya dengan mengenakan mekap. Bibir dimerahkan macam pungkoq babun. Minyak wangi disembur kat ketiak sampai sebaldi minyak wangi. Kepala ditogelkan macam ayam togel. Dan paling menonjol sekali adalah baju raya golongan ni.

Baju raya macam sarung nangka. Ketat sampai menampakkan pergunungan Himalaya. Segala pixel jelas kelihatan untuk tatapan umum. Dah lah ketat, baju terang-benderang sampai silau mata memandang. Paling membuatkan kaum Adam tak keruan adalah baju yang dipakai tu menampakkan tali coli. Apa motif? Ni baju raya ke baju pelacur? Maaf la. Memang kasar sungguh bahasa ni. Tapi, golongan macam ni memang penampilannya tak ubah macam pelacur. Baru je habis berpuasa dah nak goda orang laki.

Marilah kita meneruskan momentum Ramadhan. Kalau kita beribadat kerana Ramadhan, sesungguhnya Ramadhan itu tetap akan pergi. Tapi kalau kita beribadat kerana Allah, Allah itu Maha Kekal lagi Maha Hidup.

SUMBER

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive