Pengikut Boyzzonne

Friday, September 21, 2012

Mendiang Suami Rupanya Bapa Kandung Sendiri?


Ohio – Satu penemuan yang amat memeranjatkan. Itu yang dialami oleh seorang wanita, Valerie Spruill, 60, selepas ujian DNA yang dijalankan mendapati mendiang suaminya merupakan bapa kandungnya sendiri.
Keadaan itu amat mengejutkan Valerie sehingga menyebabkannya
terpaksa menjalani rawatan dengan pskiatrik selain mengalami masalah kesihatan akibat tertekan.
Dia yang berasal dari Doylestown itu hanya mengetahui mengenai perkara berkenaan melalui ujian DNA tersebut.
Ketika menceritakan kisah yang mengejutkan itu kepada Ohio.com. Valerie memberitahu, kekeliruan itu berlaku selepas dia dibesarkan oleh datuknya sejak berusia tiga bulan.
Ibunya, Christine bertemu suaminya yang juga bapa kandung Valeri, Percy ketika lelaki itu berusia 15 tahun.
Ketika berusia 9 tahun, Valerie hanya mengetahui mengenai identity Christine selepas wanita itu meninggal dunia pada 1984 dan sejak itu barulah diketahuinya bahawa orang yang membesarkannya yang dipanggil ibu dan ayah, sebenarnya merupakan datuk dan neneknya sendiri.
Namun Valerie tidak pernah dimaklumkan mengenai bapa kandungnya sehinggalah dia mengahwini Percy yang dilahirkan di Mississippi dan bekerja sebagai pemandu lori.
Percy meninggal dunia pada 1998 ketika berusia 60 tahun.
Selepas kematian Percy, barulah Valerie mendengar khabar angin mengenai hubungan tersebut dan dia tidak tahu sama ada Percy mengetahui sama ada dia mengahwini anak perempuannya sendiri.
Tetapi Valerie percaya, Percy mengetahui mengenai perkara itu namun terlalu takut untuk memberitahunya.
Valerie yang telah bekerja selama 34 tahun di jabatan perakaunan di Goodyear, mempunyai tiga anak dan lapan cucu.
Dengan mendedahkan kisahnya itu, Valerie berharap agar dia dapat menemui adik beradiknya yang lain, yang mungkin masih hidup.
“Matlamat utama saya ialah untuk mencari mereka dan memberitahu bahawa saya amat menyayangi mereka walau apa sekalipun yang berlaku,’’ katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive