Pengikut Boyzzonne

Thursday, September 20, 2012

2,020 rakyat saman MB Selangor

KAMARUDIN (tengah) memfailkan saman di kaunter pendaftar 
Mahkamah Tinggi Shah Alam 

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menghadapi tindakan saman kali kedua semalam, kali ini daripada 2,020 pengguna air dari kawasan Petaling Jaya dan Shah Alam yang menuntut ganti rugi sebanyak RM1.15 juta atas dakwaan tidak menerima subsidi air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada
Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
Saman terbaharu itu difailkan oleh Kamarulazman Kamarudin, 37, yang mewakili 2,019 pengguna air lain dari kawasan Seksyen 7, 18 dan Taman Bukit Subang di sini serta penduduk dari Mentari Court, Petaling Jaya, menamakan kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai defendan pertama dan kedua.
Selain dua defendan itu, Kamarulazman yang dinamakan sebagai plaintif pertama bersama 2,019 pengguna air yang menggunakan meter pukal itu turut menamakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sebagai defendan ketiga.
Writ saman setebal 11 muka surat itu difailkan di kaunter Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Amarudin & Partners kira-kira pukul 9.45 pagi.
Kira-kira 50 pengguna air, ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) hadir mengiringi pengguna air di negeri itu dan peguam Kamarudin Ahmad.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa semasa tempoh berkempen untuk pilihan raya pada Mac 2008, defendan pertama telah berjanji kepada rakyat di Selangor untuk memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pengguna domestik sekiranya defendan pertama menang pilihan raya tersebut.
Dakwanya, defendan pertama telah memulakan Skim Air Percuma kepada pengguna air domestik di Selangor pada 1 Jun 2008, namun plaintif mendakwa tidak menerima subsidi itu memandangkan tiada potongan bil yang dikeluarkan oleh defendan ketiga.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive