Pengikut Boyzzonne

Monday, October 15, 2012

Budak 2 tahun maut dihempap TV


AMPANG JAYA – Sepasang suami isteri menyesal tidak sudah apabila anak bongsu mereka maut dihempap sebuah televisyen (TV) bersaiz 29 inci yang terjatuh dari atas almari sebelum menghempap mangsa di Taman Ampang Saujana di sini semalam.
Keluarga tersebut sebelum ini dikatakan bercadang untuk mengalihkan TV dan almari tersebut namun belum
sempat perkara itu dilakukan TV tersebut terlebih dahulu mengundang tragedi.
Semasa kejadian pukul 1.30 petang itu, mangsa Halif Hariz Khairil Anuar, dua tahun, ibu bapanya dan dua abang mangsa yang berusia lima dan lapan tahun berada di dalam bilik tidur utama rumah teres itu.
Bapa mangsa, Khairil Anuar Mohamed, 36, yang bekerja sebagai Inspektor Kesihatan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) manakala ibunya, Nur Azlin Mohd. Ali, 31, yang berniaga sendiri sedang berehat di dalam bilik sama.
Halif dan dua abangnya semasa itu bermain-main di dalam bilik tersebut.
Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu terkejut apabila mereka mendengar bunyi dentuman kuat di dalam bilik sebelum diikuti tangisan Halif.
Halif kemudian dilihat sudah berada di bawah TV dengan darah mengalir tanpa henti dari telinga, mulut dan hidungnya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive