SALAH seorang peserta menjalani sesi uji bakat Soulstar 2012 di Kuching semalam. |
KUCHING – Para juri program realiti Soulstar 2012 menghadapi tugas sukar untuk memilih 30 finalis ke peringkat separuh akhir selepas kebanyakan peserta mempamerkan mutu nyanyian yang tinggi selepas sesi uji bakat program itu berakhir semalam.
Pengasas Soulstar, Zaini Zainuddin berkata, 50 peserta menunjukkan
prestasi yang hebat sepanjang sesi uji bakat yang diadakan di lima tempat yang berakhir semalam di Amphitheatre Kuching Waterfront.
Menurutnya, setiap tempat yang dikunjungi semasa sesi uji bakat program itu mendapati peserta menampilkan keunikan tersendiri dari segi vokal, nyanyian dan persembahan yang memberikan saingan.
“Terdapat ramai peserta berjaya menarik perhatian pihak juri, malah terdapat peserta yang hadir mempamerkan persembahan yang lebih baik berbanding Soulstar musim lalu.
“Di Amphitheatre Kuching Waterfront ini sahaja kita melihat banyak bakat yang mengejutkan para juri sekali gus menyukarkan tugas para juri untuk membuat pilihan peserta terbaik,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
No comments:
Post a Comment