Pengikut Boyzzonne

Tuesday, September 11, 2012

3 Petang Jadi PM – Punyalah Sombong Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Satu keinginan yang semua orang tahu tentang Anwar Ibrahim…..bukan keinginan yang itu la….tapi kemaruk sangat nak jadi Perdana Menteri (PM).
Dalam perjalanan politik Anwar yang awal, ramai menyangkakan dia akan memilih PAS sebagai platform perjuangan.
Namun, mana ada peluang nak
jadi PM melalui PAS terutama pada tahun 70-an.
Bukan rakyat yang ada di fikiran Anwar pun, tapi jawatan PM itu yang diimpikan siang dan malam.
Maka Anwar mengambil langkah mengejut ketika itu dengan memilih UMNO.
Untuk puluhan tahun, UMNO itu harum semerbak dan ‘undi PAS dapat kopiah aje” (Antara baris ayat Anwar).
Pada asalnya, perancangan Anwar hampir berjaya apabila cuma tinggal selangkah lagi ke arah mencapai impian seumur hidupnya apabila dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Namun, pasal tidak sabar dan akhlak buruk, maka satu langkah itu tetiba berubah menjadi ratusan langkah. Terpaksa gostan ke belakang balik.
Semuanya nampak sudah kelam dan musnah pada satu peringkat untuk Anwar Ibrahim.
Namun, selepas pilihan raya umum (PRU) ke-12 lalu, secara tiba-tiba ternampak seolah-olah langkah itu kembali hampir dekat.
Marah rakyat pada gaya pentadbiran Tun Abdullah Badawi berada pada peringkat luar kawalan dan buat pertama kalinya, Barisan Nasional (BN) kehilangan mandat duapertiga dalam Parlimen.
Dan sejak pada itu, Anwar berazam tidak mahu toleh ke belakang. Anwar yakin, PRU-13 ada dalam gengamannya.
Cuma itulah, kadang-kala terlalu yakin itu pun tak baik untuk kesihatan sebenarnya.
Disebabkan keyakinan yang tak tentu hala, maka mula timbul rasa sombong dan bongkak.
Mula keluar kenyataan-kenyataan yang rasanya nak muntah hijau dua tiga baldi bila dengar.
Ketika berucap di Taman Kosas, Ampang baru-baru ini, Anwar telah berkata;
“Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR,” tambahnya.
Pertama sekali, Anwar ni tuhan ke yang dia tahun dia sudah pasti jadi PM?
Keduanya, saluran mengundi pun ditutup pukul 5 petang selalunya, takkan pukul 3 dah nak kena umum Anwar jadi PM?
Sombong bongkak dan penuh dengan unsur ugutan (jangan bodyguard cabut pistol pukul 3 petang sudah la….)
Kepada Anwar Ibrahim…sabarlah yea…
Jangan terlalu yakin dan jangan terlalu sombong.
Undi itu di tangan rakyat dan takdir itu Allah SWT yang tentukan.
Kalau anda layak…layaklah…
Kalau tidak…terimalah….tapi tak perlulah terlalu sombong bila bercakap….
Ingat…bukan semua orang suka dengan anda sebenarnya. Dengar kata, ramai dalam PAS sendiri kurang senang dengan sikap anda yang hanya memandang ke arah parti itu selepas ditendang keluar dari UMNO.

mynewshub

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive