Penulis blog terkenal, Hanis Zalikha kini telah menjadi pengacara bagi program ‘Mad Markets ‘di saluran TV9 bermula Rabu ini pada pukul 10.30 malam.
Program berkenaan berkisarkan tentang
‘shopping travelogue’ dimana Hanis akan mengembara ke seluruh Asia untuk memperkenalkan tempat-tempat menarik dan sesuai untuk membeli-belah.
Menurut Hanis, menjadi pengacara untuk program sebegitu adalah salah satu daripada cita-citanya.
‘Tidak sangka mereka mempercayai Hanis yang tiada pengalaman langsung dalam mengacara untuk mengendalikan program ‘Mad Markets’,” kata Hanis yang dipetik menerusi blog miliknya.
Bagi anda yang tidak mengenali Hanis Zalikha, dia adalah pemilik blog www.inibelogsaya.blogspot.com dengan pengikut berjumlah lebih daripada 35, 000 orang.
Mula mendapat perhatian apabila penulisannya digemari oleh rata-rata pembaca blog kerana dia sering berkongsi masalah dan cara penyelesaian tentang sesuatu masalah yang berlaku.
Malah, Hanis juga turut sering berkongsi tentang kehidupan beliau sebagai seorang pelajar yang sama seperti orang lain.
Sejak itu namanya mula meningkat naik lebih-lebih lagi apabila ramai syarikat pengiklan mula menjadikannya sebagai medium untuk menghebahkan sesuatu perkara.
Dia juga seorang model sambilan dan pelakon.
Dengan hanya menulis blog, kini Hanis Zalikha sudah dapat mencapai cita-citanya.
Siapa tahu suatu hari nanti anda bakal mengikut jejak langkah Hanis?
No comments:
Post a Comment