Pengikut Boyzzonne

Tuesday, September 11, 2012

Cerita MENARIK Di Sebalik Majlis Perkahwinan Ustaz Don Daniyal


Ustaz Don Daniyal
Salam, disini saya ingin share pengalaman saya dan rakan saya Artmosphere Photography berbual dengan Ustaz Don tentang majlis perkahwinannya :)

  • Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.
  • Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.


  • Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.


  • Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.
  • Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.


  • Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.


  • Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.


  • Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

GAMBAR GAMBAR INI DIAMBIL DARI ARTMOSPHERE PHOTOGRAPHY,NADIA ZAHRI PHOTOGRAPHY & PHOTOLINE CREATIVE STUDIO. KREDIT SEPENUHNYA KEPADA MEREKA UNTUK HASIL FOTOGRAFI YANG CUN2 INI ;)

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive