Pengikut Boyzzonne

Tuesday, September 11, 2012

Gambar anak bawa rezeki


IPOH – Gambar anaknya berusia empat tahun, membawa tuah kepada seorang juruteknik apabila dia muncul sebagai johan pertandingan fotografi anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dengan kerjasama Kelab Nikon Malaysia, di sini.

Mohd Sharizal Mat Sah, 30 tidak menyangka
gambar anaknya, Nur Qaisara Saffiyah yang sedang membaca buku berjaya memikat hati juri yang menobatkan gelaran johan kepadanya.

Menurutnya, dia menyertai pertandingan berkenaan kerana terbacar dengan saranan majikannya sendiri yang mendesak agar dia menyertai pertandingan berkenaan, di samping minat mendalam dalam dunia fotografi.

"Majikan saya selalu memuji foto yang saya ambil tapi mempersoalkan kenapa saya tidak pernah memenangi apa-apa pertandingan. Saya ambil komen itu dari sudut positif dan menyertai pertandingan ini untuk membuktikan keupayaan saya.

"Ini merupakan kali pertama saya menang hadiah utama daripada banyak pertandingan yang disertai sebelum ini dan ia memberi semangat kepada untuk terus menyertai pertandingan fotografi pada masa akan datang," katanya ketika ditemui, di sini.
Mohd Shahrizal muncul juara sulung pertandingan fotografi berkenaan yang berlangsung pada 1 hingga 4 Ogos dan membawa pulang sebuah kamera DSLR jenama Nikon serta sijil penyertaan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive