Pengikut Boyzzonne

Tuesday, September 11, 2012

Gambar Duit Kanada Yang Menghina Amerika

duit kanada


Wang kertas $20 telah diperkenalkan di Ottawa baru-baru ini dan reka bentuk baru nod $20 ini menimbulkan sedikit kontroversi. Gambar Queen Elizabeth II terpampang pada muka depan nod ini sempena
Jubli Intan nya pada tahun ini. Manakala dibelakangnya pula gambar lelaki dan wanita Kanada yang terkorban dalam konflik-konflik ketenteraan dengan memaparkan gambar Canadian National Vimy Memorial.

Walaubagaimanapun, sesetengah orang melihat gambar peringatan itu seperti gambar lucah kerana memaparkan gambar bogel dan ada juga yang menganggap ada persamaan dengan menara berkembar WTC yang telah runtuh diserang pengganas.
Sebab utama reka bentuk baru ini dibuat adalah kerana bagi menghalang wang kertas ini mudah untuk ditiru. Wang kertas baru ini juga lebih murah dan tidak mencemarkan alam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive