Pengikut Boyzzonne

Tuesday, September 11, 2012

5 Maut Nahas Kereta & Lori Di Sekinchan


Kemalangan Sekinchan

SABAK BERNAM – Lima termasuk tiga beranak maut apabila sebuah kereta dan lori tiga tan bertembung di Km70, Jalan Teluk Intan-Klang di Sekinchan, di sini Isnin.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Noor Mushar Mohamad berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, mangsa terkorban dikenali
sebagai Yeap Chin Hing, 52, pemandu kereta, anak lelakinya, Soon Keong, 19, dan anak perempuannya Chen Wee, 25.
Turut maut dalam kejadian itu ialah dua rakan wanita Soon Keong iaitu Ling Siew Mooi, 26, dan Ling Lee Min, 26.
“Kemalangan berlaku apabila kereta jenis Honda City yang dipandu Chin Hing bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Honda CRV dan hilang kawalan sebelum masuk ke lorong bertentangan lalu merempuh lori tiga tan terbabit,” katanya.
Beliau berkata Chin Hing, anak lelakinya serta dua rakan wanita itu mati di tempat kejadian, manakala anak perempuannya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang, dekat sini.
Kemalangan Sekinchan
esemua mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) Sepang, untuk menghantar Soon Keong melanjutkan pengajian di Taiwan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhamad Norizan Ramli di talian 03-32242222 sambungan 214 bagi membantu siasatan. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive