Pengikut Boyzzonne

Tuesday, September 11, 2012

Ada Jutawan Malaysia Hadiahkan Kim Kardashian Ferrari Putih


Dunia Hollywood beberapa hari ini kecoh apabila Kris Humphries yang kini dalam proses penceraian dengan Kim Kardashian mempersoalkan hadiah mewah berupa Ferrari yang di’terima ketika majlis perkahwinan mereka.

Hadiah tersebut mungkin merupakan hadiah paling mahal yang mereka terima sepanjang tempoh perkahwinan mereka yang hanya bertahan selama 72 hari dan ia’nya pemberian seorang rakyat Malaysia bertaraf billionaire. Heh.
Selepas mengumumkan yang mereka kini sah berpisah, Kim Kardashian berjanji dan nekad untuk memberikan US$200,00 iaitu nilai hadiah perkahwinan mereka kepada badan kebajikan.
Namun, menurut bekas suami Kris Humphries mendakwa yang Kim Kardashian sengaja tidak memasukkan nilai kereta Ferrari (US$325,000) tersebut dalam kiraan jumlah derma yang ingin di’sumbangkan — yang juga di’dakwa terlalu rendah.
Sumber terdekat dengan Kim Kardashian mendakwa yang beliau sangat gemarkan kereta mewah itu selain sering memandunya keluar & kini telah menukar status hak milik ke hak perseorangan.
Peguam Kris Humphries telah meluahkan hasrat untuk menyoal tentang isu ini di’mahkamah kelak selain memanggil billionaire Malaysia itu nanti sebagai saksi.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive