Pengikut Boyzzonne

Monday, September 17, 2012

Bila Si Mati Dapat Tiket Parkir Kereta…


Baru-baru ini seorang lelaki di Taiwan telah bergaduh besar dengan isterinya.
Keesokan harinya dia telah menghantar SMS kepada anak perempuannya dengan menyatakan yang dia ‘sangat kepenatan’.
Sehari selepas dia menghantar SMS itu, isterinya menemui
suaminya itu di dalam kenderaan mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah kawasan letak kereta.
Rupa-rupanya si suami telah pun meninggal dunia.







Yang ‘menariknya’, tiada siapa pun sedar ada mayat dalam kereta berkenaan, termasuk atendan yang menjaga kawasan parkir tersebut.
Malah atendan tersebut sempat meletakkan tiket parkir di cermin kereta itu selama tiga hari berturut-turut!
” Mana saya tahu…cermin kereta itu gelap,” katanya dalam nada gementar sebaik saja mengetahui kejadian berkenaan.
Siasatan awal polis mendapati mangsa, Liao Siming, 37, adalah seorang pengarah tapak pembinaan.
Sejak akhir-akhir ini dia sering bertengkar dengan isteri yang dikahwininya 12 tahun lalu. Semuanya disebabkan wang.
Sementara itu pihak pengendali parkir tersebut berjanji akan memberikan lebih tumpuan terhadap kereta yang diletakkan di kawasan mereka…terutama yang diparkir dalam tempoh yang lama.

mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive