Pengikut Boyzzonne

Monday, September 17, 2012

Gadis campak anak dari Flat

PETALING JAYA - Ketika rakyat Malaysia berkobar-kobar menanti kelahiran anak sempena Hari Malaysia, lain pula dengan seorang ibu yang tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan pada hari bersejarah itu dari
tingkat tiga Blok 1, Flat Desa Mentari di sini semalam.
Mayat bayi perempuan malang itu kemudian ditemui dengan kesan kecederaan di kepala oleh seorang penduduk yang terkejut mendengar bunyi satu objek jatuh di tempat letak kereta flat tersebut pada pukul 11 pagi.
Saksi kejadian, Jundi Mat, 35, berkata, sebelum menemui bayi itu, dia terdengar bunyi objek jatuh di tempat letak kenderaan dalam jarak kira-kira dua meter dari tempat dia berada.
Menurut pemuda itu, dia pada mulanya menyangka objek yang tertiarap di kawasan letak kereta tersebut anak patung sebelum dia kemudian menghampiri objek itu.
"Alangkah terkejutnya saya apabila objek tersebut bukan anak patung tetapi rupa-rupanya seorang bayi dalam keadaan berbogel, masih bertali pusat dan berlumuran darah.
"Bayi yang kepalanya turut kemek tidak menangis dan tidak bergerak kerana sudah tidak bernyawa," cerita Jundi yang bekerja sebagai pemandu lori.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive