Pengikut Boyzzonne

Monday, September 17, 2012

Kelibat beruang di perumahan kuantan berjaya dirakam

KUANTAN - Kehadiran seekor beruang di kawasan belukar berdekatan perumahan Taman Pandan 2, dekat sini, dipercayai benar-benar wujud selepas seorang penduduk mendakwa berjaya merakam kelibat beruang berkenaan.

Haiwan itu dikatakan keluar pada tengah malam minggu lalu di kawasan sama dan sempat dirakamkan penduduk terbabit sebelum memuat turun rakaman itu di laman sosial Facebook Surau Madinah.

Rakaman selama 47 saat itu memaparkan seekor beruang berlari di atas jalan kawasan perumahan itu sebelum
menghilangkan diri dalam belukar berdekatan.

Sebelum ini, beberapa penduduk sudah melihat kelibat beruang itu di lokasi sama dan memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Walaupun hairan dengan kehadiran beruang terbabit, namun mereka mendakwa tidak mustahil haiwan itu muncul akibat sesat dari habitat asal di hutan berdekatan.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Kamarul Ariffin Mohamad berkata, beliau ada mendengar penemuan beruang tersebut tetapi tidak pernah menyaksikan sendiri kehadiran haiwan itu.

Katanya, selepas melihat rakaman itu, beliau melaporkannya kepada Perhilitan dan menyerahkan sepenuhnya kepada jabatan berkenaan.

“Penduduk di kawasan ini sudah dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas mengenai kehadiran beruang terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, penduduk juga turut melihat rakaman pergerakan beruang itu pada majlis sempena Hari Raya Aidilfitri beberapa hari selepas kemunculan haiwan itu.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan, Khairiah Mohd Sharif sebelum ini menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya memaklumkan perkara itu kepada jabatan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive