Pengikut Boyzzonne

Sunday, September 16, 2012

Kementerian belum sahkan garis panduan LGBT


LGBT
KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran tidak pernah memberi pengesahan kepada mana-mana pihak untuk menyediakan atau mengeluarkan garis panduan mengenai golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) untuk tujuan pengedaran ke sekolah-sekolah seluruh negara.
"Pengesahan kepada garis panduan tersebut tidak pernah
dikeluarkan," menurut kenyataan kementerian berkenaan semalam.
Kenyataan tersebut merujuk kepada laporan media baru-baru ini berkaitan pengesahan garis panduan LGBT yang dibincangkan pada Seminar Keibubapaan mengenai isu LGBT di Pulau Pinang pada 13 September lepas.
Menurut kenyataan itu, kementerian memandang berat isu LGBT yang berlaku dalam masyarakat dewasa ini dengan mengambil beberapa inisiatif bagi memerangi gejala tersebut.
"Kementerian akan sentiasa memberi bimbingan kepada semua murid dan pelajar untuk mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat ini," menurut kenyataan itu.
Media sebelum ini melaporkan bahawa pihak kementerian menyokong satu garis panduan kepada ibu bapa untuk mengenal pasti simptom gay dan lesbian pada anak mereka bagi mengambil langkah untuk membetulkan keadaan itu.
Antara isi garis panduan itu menyebut, simptom lelaki gay ialah mereka mempunyai badan sasa dan gemar menunjukkan badan dengan memakai baju berkolar-V dan tidak berlengan serta suka membawa beg besar sama seperti yang digunakan wanita apabila berjalan.
Lesbian pula adalah wanita yang tertarik kepada wanita serta gemar keluar makan dan tidur dengan wanita.
- Bernama

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive