Pengikut Boyzzonne

Sunday, September 16, 2012

PRU13 penentu survival Melayu

NAJIB (tengah) bersalam dengan sebahagian daripada perwakilan UMNO Bahagian Pekan semalam.


PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti bukanlah sebarang pilihan raya tetapi penentu kepada survival bangsa Melayu.
Beliau berkata, orang Melayu perlu sedar bahawa hanya UMNO yang menjadi parti teras dalam Barisan Nasional (BN) akan dapat meneruskan perjuangan bangsa dan agama.
Presiden UMNO itu berkata, oleh yang demikian
orang Melayu dan ahli UMNO perlu bersatu hati dalam menangani cabaran pada pilihan raya umum akan datang.
"Ia bukan sekadar soal menang atau kalah tetapi soal survival orang Melayu, tanah air kita.
"Kalau mahu kekalkan teras pemerintahan, pastikan UMNO menang. Jika sebaliknya berlaku, buruk padahnya," kata ketika berucap pada majlis penutup persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pekan di sini semalam.
Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan berkata, sekiranya kerajaan sedia ada digantikan pasti sesuatu yang buruk akan menimpa bangsa Melayu.
"Barisan Nasional, terasnya UMNO. Pembangkang siapa terasnya? Pas, DAP atau PKR? PKR lemah, kalau sekiranya mereka bergabung, DAP dapat banyak kerusi, adakah orang Melayu dapat bergantung harap kepada DAP?
"DAP (selama ini) tidak ada rasa senang hati terhadap kedudukan orang Melayu dan orang Islam. Hati perut tak sama dengan BN," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive