Pengikut Boyzzonne

Monday, September 17, 2012

Nahdlatul Ulama mahu pesalah rasuah dihukum mati

JAKARTA - Nahdlatul Ulama (NU), pertubuhan Islam terbesar Indonesia dengan kira-kira 70 juta anggota, mencadangkan hukuman mati ke atas pesalah rasuah dan menggesa anggotanya mengelak membayar cukai jika kerajaan gagal menambah baik urusan cukai.
   
Seorang tokoh kanan NU Saifuddin Amsir berkata pesalah rasuah wajar dikenakan hukuman mati, terutama pesalah berulang kerana rasuah memusnah negara.
 
"Sukar menghapus rasuah tanpa hukuman mati. Rasuah 'membunuh' rakyat secara
sistematik," Saifuddin dilaporkan berkata dalam harian The Jakarta Post, pada Isnin.
   
Saifuddin, berucap pada persidangan kebangsaan NU di Cirebon, Jawa Barat berkata pertubuhan itu menyerahkan kepada kerajaan tentang cara melaksanakan hukuman itu, sama ada menggunakan racun, memenggal kepala, suntikan, digantung, atau menghadapi skuad penembak.  
   
Laporan itu menyebut bahawa NU pada Sabtu lepas menggesa para anggotanya menyertai kempen enggan patuh membayar cukai sebagai sebahagian daripada langkah membanteras salah guna wang pembayar cukai.

Seorang anggota lembaga pusat NU Slamet Effendi Yusuf berkata ketidakaturan yang meluas dalam kutipan, urusan dan penggunaan wang pembayar cukai cukup merisaukan dan NU mencadangkan rakyat mengelak membayar cukai.
   
Sementara itu, pengerusi NU Said Aqil Siroj berkata Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah memanggil beliau bagi mendapatkan penjelasan berhubung rancangan memboikot cukai itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive