Pengikut Boyzzonne

Sunday, September 16, 2012

Pesawat MAS buat pendaratan cemas


GEORGETOWN: Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang berlepas dari Chennai, India terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) berikutan masalah teknikal, semalam.
Dalam kejadian jam 8.04 pagi, pesawat Airbus 330-200 itu sepatutnya
mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), namun juruterbang mengesan masalah teknikal.

Bagaimanapun, semua 213 penumpang dalam pesawat itu dilaporkan selamat dan tiada kemalangan atau insiden buruk berlaku.
Pengurus Kanan LTAPP, Mohd Arif Jaafar berkata, pesawat dibenarkan mendarat selepas juruterbang mengesan masalah pada pesawat.

“Kita memberi kebenaran mendarat selepas menara kawalan menerima isyarat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive