Pengikut Boyzzonne

Sunday, September 16, 2012

Tabung Keselamatan 1Wilayah Persekutuan ditubuh

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan menubuhkan Tabung Keselamatan 1Wilayah Persekutuan untuk membantu penduduk menyedia, mempertingkat dan membaik pulih kemudahan keselamatan di kawasan perumahan.
   
Menteri berkenaan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata ia merupakan usaha kerajaan untuk mengatasi masalah jenayah seperti
rompak, samun dan pecah rumah.
   
Beliau berkata dana tabung itu akan digunakan untuk membantu penduduk menyediakan pagar halangan keselamatan, kamera litar tertutup, sistem talian setempat, pos pengawal, lampu jalan, cermin keselamatan selain program kesedaran keselamatan bersama penduduk.
   
Raja Nong Chik berkata dana awal untuk tabung itu ialah sebanyak RM1 juta, namun kementerian itu meletak sasaran ia akan meningkat sehingga RM4 juta hasil sumbangan pihak korporat dan swasta.
   
"Sumber dana untuk tabung itu tidak akan melibatkan kerajaan sebaliknya akan diperoleh melalui sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat pemaju hartanah dan perumahan serta syarikat swasta," katanya dalam sidang media pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Wilayah Persekutuan di sini yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Raja Nong Chik berkata Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REDHA) telah bersetuju untuk menyediakan dana permulaan tabung itu, namun jumlahnya belum diketahui.
   
Katanya tabung tersebut dijangka dilancarkan bulan depan dan akan diurus tadbir oleh Yayasan Wilayah Persekutuan dengan berkonsepkan 'matching grant'.
   
Beliau berkata menerusi konsep itu nisbah perkongsian bersama dengan persatuan penduduk adalah antara 30 hingga 70 peratus bergantung kepada jenis kediaman.
   
"Kalau kediaman mewah nak buat sesuatu, mungkin hanya guna dana tabung 50 peratus, manakala penduduk 50 peratus. Kalau kediaman kos rendah mungkin penduduk bagi 30 peratus dan tabung bagi 70 peratus," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive