Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Km58.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Rantau Abang, dekat sini, petang Sabtu.
Mohd Madhan Mohamad, 33, dari Tepoh, Kuala Terengganu maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan dalaman yang serius.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Petaling, Tepoh sebelum terbabit dalam nahas ngeri itu.
Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Persona yang datang dari arah Kuala Terengganu menghala ke Dungun, dikatakan memotong sebuah kenderaan lain sebelum merempuh motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.
Mangsa yang menunggang bersendirian tercampak 20 meter ke tepi jalan sebelum motosikalnya diseret kereta terbabit kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.
Pemandu kereta yang berusia 20-an dari Dungun itu membuat laporan di Balai Polis Merchang, di sini. Sementara itu Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
No comments:
Post a Comment