Pengikut Boyzzonne

Tuesday, June 19, 2012

Sindiket judi Euro 2012 tumpas


Kegiatan haram 10 bookie termasuk dua warga Singapura mencari wang mudah sempena Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012 melibatkan nilai pertaruhan berjumlah RM14 juta terbongkar apabila kesemuanya ditahan baru-baru ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, suspek-suspek berusia antara 30 hingga 51 tahun tersebut ditahan selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan mereka yang terlibat dengan judi Euro, lumba kuda dan ekor haram.
Menurutnya, siasatan awal mendapati antara modus operandi sindiket berkenaan ialah menerima panggilan ataupun faks daripada kaki judi yang ingin membuat pertaruhan mengikut perlawanan.
Setiap pertaruhan akan dicatat di atas kertas atau komputer selain dirakam sebagai bahan bukti oleh bookie yang menerima taruhan.
Klik readmore kalau nak tengok gambar
MOHD. MOKHTAR (tengah) menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas daripada bookie judi pada sidang akhbar di Johor Bahru, Johor 

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive