Pengikut Boyzzonne

Monday, June 18, 2012

Rooftop Gig atas bumbung


KUMPULAN Beatles suatu ketika dulu pernah menghiburkan peminatnya dengan cara yang cukup unik iaitu konsert dari atas bumbung bangunan Apple Studios, Savile Row, London pada 30 Januari 1969.
Hasrat yang sama selain menjanjikan satu kelainan berbanding gig biasa, ntv7 bakal menyiarkan sebuah rancangan nyanyian dari atas bumbung yang diberi nama Rooftop.
Berlatar belakang panorama bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur menerusi kaca mata penonton dari bumbung pusat beli-belah Lot 10 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Rooftop akan memulakan siaran bermula 6 September nanti pukul 8.30 malam di saluran ntv7.
Menurut Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama, Komunikasi Jenama, Projek Khas dan Acara ntv7, Emilya Abdul Rahim, penonton akan dapat merasakan sentuhan peribadi artis memandangkan suntingan minimal akan dilakukan.
“Kebebasan dan keselesaan artis akan memberikan ruang untuk penonton mengenali dan memahami artis kegemaran mereka. Rugi jika kita tidak bersama-sama meraikan kemeriahan industri muzik kita,” katanya pada sidang akhbar pelancaran rancangan tersebut di Teeq Brasserie di pusat beli-belah Lot 10 baru-baru ini.
Dokumentari
Rooftop akan bersiaran selama setengah jam untuk setiap 13 episod. Selain menyajikan persembahan tiga buah lagu setiap episod, penonton akan dibawa mengenali artis kesayangan menerusi dokumentari ringkas.
Menurut penerbitnya, Khairul Annuar Azmi, tema muzik yang dipersembahkan oleh artis yang terlibat adalah santai dan mengikut genre masing-masing.
“Rooftop menggabungkan artis daripada pelbagai latar belakang muzik seperti indie, rock, pop dan balada dan uniknya rancangan ini kami mengekalkan bunyi persekitaran ketika proses rakaman,” katanya yang berdepan dengan cabaran hujan sepanjang proses rakaman selama tujuh hari itu.

“Produksi akan mengetengahkan lokasi bumbung bangunan lain untuk musim seterusnya dan sasaran kami adalah bangunan di Pulau Pinang untuk memberikan persekitaran berbeza,” tambahnya.

Antara barisan artis yang membuat persembahan ialah Estranged, Projek Pistol, Aizat, Bunkface, Drama Band, Liyana Fizi, Diandra Arjunaidi, Najwa Latif, Akim, Nawhki & Clan, Awi Rafael dan Azlan & Typewriter.
Projek Pistol, contohnya, akan menghiburkan penonton dengan tiga buah lagu iaitu Lihatku Pelangi, Bintang Kecil dan Wanita Seluruh Dunia. Kumpulan itu mengakui teruja apabila diundang menjayakan rancangan tersebut.
tekan readmore kalau nak tengok gambar artis2 bkat rooftop ni
PROJEK PISTOL teruja kerana dapat terbabit dalam program Rooftop yang menampilkan konsep persembahan terbuka di atas bumbung bangunan Lot 10, Kuala Lumpur.



Nak tengok lagi Banyak gambar -------  > Tekan SINI

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive