Pengikut Boyzzonne

Tuesday, June 19, 2012

Zain Saidin Terpikat Dengan Kilafairy - Hangat


Pelakon Zain Saidin mengakui terpikat dengan bakat nyanyian yang dimiliki bintang baru iaitu Kilafairy dan terbuka hati untuk bekerjasama dengan artis wanita itu.
Zain, 28, berkata, dia berhasrat menyunting Kilafairy untuk berduet dalam lagu ciptaan beliau dalam album mininya nanti.
"Kali pertama saya jumpa Kilafairy semasa kami muncul dalam program Jangan Tidur Lagi dan kami bersama-sama membuat persembahan dengan menyanyikan lagu daripada Eminem dan Rihanna berjudul Love The Way You Lie untuk program itu.
"Keserasian kami di pentas membuatkan saya terpikat untuk mengundangnya berduet dalam salah sebuah lagu saya untuk album mini saya nanti..
Bagaimanapun kata Zain, dia masih belum memberitahu hasratnya itu kepada Kilafairy dan akan berbuat demikian dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, Zain berkata, dia yakin dapat diterima sebagai penyanyi apabila bakal muncul dengan single pertamanya berjudul Transformasi.
Kilafairy.
Zain, berkata, popularitinya sebagai pelakon dilihat sebagai satu kelebihan buat untuk lebih mudah diterima sebagai penyanyi.
"Insya-Allah lagu tersebut akan mula diputarkan di stesen radio tempatan dalam masa terdekat dan berharap penerimaan peminat terhadap lakonan saya akan memberikan kredit terhadap kerjaya nyanyian," ujarnya.
Bagaimanapun kata Zain, itu tidak bererti dia boleh berpeluk tubuh dan mengakui banyak perkara yang perlu dilakukan untuk bergelar seorang penyanyi yang baik.
Sementara itu, Zain berkata, bagi melancarkan karier nyanyiannya, dia akan menggunakan nama “Zain Da Pain” untuk kelihatan berbeza sesuai dengan genre lagu yang bakal dibawanya iaitu rap.
Zain memberitahu, nama tersebut asalnya diberikan oleh kakaknya iaitu Sasha Saidin sewaktu dia kanak-kanak.
"Sasha sering mengusik saya dengan nama itu dan ia sebenarnya sesuai untuk imej saya sebagai penyanyi rap selain dapat membezakan "Zain" seorang pelakon dan penyanyi," katanya.
Bercakap lanjut mengenai singlenya itu, Zain berkata setakat ini dia telah menghasilkan beberapa buah lagu dengan kerjasama beberapa orang rakan dan abang iparnya iaitu Salyo Priyanto.
"Saya dah siapkan beberapa buah lagu cuma tunggu masa sesuai untuk mengeluarkan sebuah album mini. Malah saya juga sudah mencipta sebuah lagu Hari Raya berjudul Oh Raya.
jom Layan gambar Zain Saidin dan Kilafairy ....tekan readmore 




Nak lagi banyak gambar jom layan kat sini------>Tekan sini


No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive