Pengikut Boyzzonne

Monday, June 18, 2012

Harimau Muda tunduk Qatar 2-0


PASUKAN negara Harimau Muda menundukkan pasukan bawah 22 tahun Qatar 2-0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Shah Alam petang ini.
Pada awal babak pertama, Harimau Muda  mengawal tempo permainan dengan baik dan melancarkan beberapa serangan ke gawang pasukan Qatar.

Malaysia gagal memanfaatkan peluang keemasan apabila Thamil Arasu gagal menjaringkan gol walaupun pintu gol sudah terbuka namun bola dikeluarkan oleh pertahanan Qatar pada minit ke-14.

Gol pertama skuad kebangsaan dijaringkan oleh kapten Harimau Muda, Mohd Irfan Fazail melalui sepakan percuma menewaskan penjaga gol Qatar, Muhannad Naim Hussein pada minit ke-25.

Insiden pergaduhan berlaku apabila bintang sensasi, Muhammad Nazmi Faiz dibuang padang selepas dia gagal mengawal perasaan apabila pemain Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla mengasari Mohd Azrif Nasrulhaq.  Abdelkarim juga dilayangkan kad merah lima minit sebelum waktu rehat.

Bersambung di babak kedua perlawanan Harimau Muda berjaya menambah satu lagi gol melalui Md Rozaimi Abd Rahman dengan merembat kencang bola selepas situasi kelam-kabut dalam kotak penalti Qatar.

Skuad kebangsaan dilihat mendominasi sepanjang separuh masa kedua dengan kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 orang pemain menampilkan corak permainan agresif dan pantas, sambil pasukan Qatar gagal memberi sebarang ancaman kepada skuad Ong Kim Swee.
Ini merupakan pentas akhir buat Kim Swee untuk persiapan memperbaiki kelemahan sebelum menghadapi saingan Piala AFC bawah 22 tahun di Myanmar, yang membuka tirainya 21 Jun ini.
Jom tengok gambar - Tekan readmore


Pasukan Qatar bawah 21 tahun

Pasukan Harimau Muda


Barisan pemain Harimau Muda:

1. Mohd Izham Tarmizi
3. Ashri Chuchu
4. Shahrul Mohd Saad
13. Nazirul Naim Che Hashim
17. Mohd Fandi Othman
7. Mohd Irfan Fazail (k)
11. Mohd Azrif Nasrulhaq
21. Muhammad Nazmi Faiz
23. Mohd Aminuddin Mohd Nor
24. Ahmad Hazwan Bakri
9. Thamil Arasu Ambumamee

Barisan pemain Qatar:

30. Muhannad Naim Hussein
2. Murad Naji K.Hussein
4. Almahdi Ali Mukhtar
5. Abdulaziz Abdulla Shareef
6. Abdelkarim Hassan Fadlalla
7. Fahad Saket Al-Shamari
8. Abdulla Talib Afifa (k)
26. Abdul Ghanai Ahmed Aljabri
15. Jasser Yehia Medany
11. Mohamed Salah Elneel
20. Ahmed Alaaeldin Abelmotaal

HOT- NAzMi Faiz Tumbuk Pemain Qatar -------> TEKAN SINI

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive