Pengikut Boyzzonne

Wednesday, June 20, 2012

Penyanyi Pakistan wanita popular ditembak mati


Penyanyi Pakistan yang popular, Ghazala Javed ditembak mati di wilayah Peshawar lewat kelmarin.
Ghazala ditembak mati bersama ayahnya.
Bagaimanapun maklumat-maklumat yangd diperoleh memberi maklumat yang berbeza mengenai kes itu.

Menurut polis, pembunuhan mereka kemungkinan disebabkan pertikaian keluarga.
Ghazala dari lembah Swat meninggalkan kawasan itu tidak tahun lalu ketika tindakan ketenteraan terhadap
Taliban.
Laporan-laporan dari Pakistan menyebut golongan artis menjadi sasaran kumpulan pemberontak sejak mereka menguasainya pada 2007.
Kakak Ghazala mendakwa beberapa lelaki bersenjata memasuki rumah Ghazala lalu menembak dia dan bapanya.
Bagaimapun keterangan lain menunjukkan mereka terbunuh apabila dilepaskan tembakan di jalan.
Penyanyi itu, anak keluarga muzik, popular di Pakistan dan Afghanistan.
Penyanyi itu yang berusia dalam pertengahan 20-an telah berkahwin dengan ahli perniagaan tetapi telah bercerai.




No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive