“Saya berasa tak susah pun dengan semua ini (prosiding mahkamah) dan mengikut saja kerana Allah sentiasa bersama saya dan keluarga,” kata aktres popular, Rita Rudaini Mohamad@Mokhtar ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah.
Rita yang baru pulang daripada mengerjakan umrah pada 3 Jun lalu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Aidil Zafuan Abd Razak, 25, yang tidak hadir pada prosiding bagi sebutan permohonan kembali taat terhadapnya yang dikemukakan suaminya itu, bulan lalu.
“Saya sanggup melalui tempoh masa yang lama turun naik mahkamah demi anak-anak. Tak rasa susah pun, semua ini kerana Allah sentiasa memberi semangat buat saya dan keluarga,” katanya.
Terdahulu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menetapkan 9 Julai ini sebagai tarikh sebutan bagi Rita memfailkan bantahan awal berhubung permohonan kembali taat yang dikemukakan Aidil.
Terdahulu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menetapkan 9 Julai ini sebagai tarikh sebutan bagi Rita memfailkan bantahan awal berhubung permohonan kembali taat yang dikemukakan Aidil.
TABAH...Rita yakin Allah sentiasa bersamanya menghadapi kesusahan.
|
LAgi banyak Gambar menarik ------->TEKAN SINI
No comments:
Post a Comment