Pengikut Boyzzonne

Wednesday, June 20, 2012

Datuk Seri Dr. Ali Hamsa - Ketua Setiausaha Negara baharu


Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr. Ali Hamsa (gambar), 57, diumumkan sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu berkuat kuasa 24 Jun ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, beliau menggantikan Tan Sri Mohd. Sidek Hassan yang akan
tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Ali, kata kenyataan itu di sini semalam.
Ali mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Januari 1981 dengan memegang jawatan Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive