Pengikut Boyzzonne

Tuesday, June 19, 2012

Aireen Omar CEO baru AirAsia


Ketua Pegawai Eksekutif baharu syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, bagi operasi Malaysia, Aireen Omar, 38, berhasrat untuk mengekalkan agihan pasaran domestik sebanyak 60 peratus yang dikuasai syarikat itu.
"Saya tahu saya berhadapan dengan tugas berat untuk mengekalkan prestasi tinggi ini, tetapi saya percaya dapat mencapai sasaran itu. Semua orang boleh membuat penerbangan, bukan hanya sekarang, tetapi selama-lamanya.
"Kami menguasai 60 peratus pasaran domestik dan 40 peratus agihan pasaran antarabangsa. Kami berhasrat mengekalkannya dan mengembangkannya lagi," katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia bagi operasi di Malaysia, semalam.
Aireen berkata AirAsia Malaysia akan terus bersikap kreatif dan inovatif.
Kata beliau, mengekalkan kedudukan peneraju pasaran, disiplin kos dan meningkatkan pendapatan adalah antara cabaran-cabaran yang mengiringi jawatan itu.  
Aireen, bekas Ketua Kewangan Korporat Serantau AirAsia, Perbendaharaan dan Hubungan Pelabur, menggantikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes, yang akan berpindah ke Jakarta untuk memantau rancangan peluasan syarikat penerbangan itu di rantau Asean, berkuat kuasa 1 Julai.
AirAsia telah menubuhkan sebuah pejabat rantau Asean di Jakarta, AirAsia Asean.
Fernandes berkata sudah jelas bahawa ketika AirAsia melangkah ke dekad keduanya, perlu ada anjakan besar dari segi perspektif, strategi dan operasi kumpulan, untuk mengekalkan trajektorinya.
"Beliau (Aireen) mungkin kelihatan lembut, tetapi beliau agresif, kuat macam saya tetapi dengan pendekatan yang berbeza. Jangan tertipu dengan rupa luarannya," kata beliau.
Menurut Fernandes, Aireen akan bertanggungjawab secara terus kepada beliau.
Sementara itu, pengasas bersama AirAsia, Kamarudin Meranun, berkata Aireen memastikan AirAsia mencatatkan prestasi tinggi semasa krisis kredit.
"Meskipun syarikat penerbangan lain menghadapi masalah apabila mereka gagal mendapatkan sebarang pembiayaan, Aireen berjaya mendapatkan pembiayaan pada kadar yang sangat berdaya saing untuk membeli pesawat bagi AirAsia.

 Jom kita tengok Pengganti Tony Fernandes ni...Tekan readmore kalau nak tengok gambar





No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive