Pengikut Boyzzonne

Thursday, June 21, 2012

Taktik selamat gelang apabila dirompak - Kemam gelang elak dicuri


Taktik seorang kerani berpura-pura menjadi bisu berhasil memperdaya empat perompak daripada melarikan seutas gelang yang disembunyikan di dalam mulutnya.
Teo Jing Yi, 19, bertindak demikian semata-mata hendak
menyelamatkan barang kemas bernilai RM800 yang dihadiahkan oleh ibunya, Oh Poh Sen, 40, sempena hari lahirnya bulan lalu.
Menceritakan kejadian pukul 2.30 pagi di Jalan Nakhoda 5, Taman Ungku Tun Aminah dekat sini itu, Jing Yi memberitahu, dia yang tidur dengan adiknya, Zhi Yong, 13, terjaga sebaik terdengar bunyi bising di luar bilik di aras atas rumah teres dua tingkat tersebut.
"Saya terus membuka gelang dan mengemamnya dalam mulut selepas mengesyaki ada perompak. Penjenayah yang telah mengacukan parang dan pistol ke arah abang kemudian masuk ke dalam bilik saya sebelum tangan kami diikat dan dikumpulkan di dalam bilik nenek yang terletak bersebelahan.
"Saya hanya membisu dan mengikut segala arahan kerana bimbangkan gelang yang disembunyikan di dalam mulut terkeluar. Perompak kemudian melarikan diri bersama telefon bimbit, jam, dompet, rantai, cincin, kamera dan wang yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM20,000," ceritanya yang memberitahu gelangnya dapat diselamatkan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive