Ya Allah, apa yang berat sangat ni.” Itulah ayat spontan daripada mulut seorang nelayan pantai dari Kampung Chempaka, di sini, Khairul Amizam Abidin, 31, sebaik rawai yang mahu diangkatnya tersangkut ikan pari daun seberat 130 kilogram di Kuala Air Leleh, di sini, jam 9.30 pagi semalam.
Khairul Amizam bersama seorang rakannya, Mohd Irwan Abd Rahman, 28, keluar untuk menjalankan rutin hariannya memasang rawai sepanjang empat ratus depa di perairan sekitar Kuala Air Leleh sejak jam 7 pagi semalam dan berbekalkan umpan ikan tamban segar, dia mengharapkan rezekinya lebih murah berbanding hari sebelumnya.
“Selepas memasang rawai mengandungi 100 mata kali itu, saya bersama Mohd Irwan pulang semula ke pantai dan memang kebiasaannya, kami membiarkan rawai itu selama dua jam sebelum pergi semula untuk melihat hasil tangkapan kami untuk hari itu.
“Bagaimanapun, pagi ini, kami benar-benar terperanjat kerana tidak menyangka rawai kami mengena ikan pari daun seberat 130 kilogram yang membelasah umpan tamban.
“Ketika hampir dengan rawai, saya melihat ada gerakan yang kasar dan permukaan laut turut berombak. Saya percaya rawai kami tersangkut ikan besar, namun tidak sangka beratnya melebihi 100 kilogram. Sebelum ini, saya pernah mendapat pari dari spesies serupa, tetapi beratnya sekitar 30 hingga 40 kilogram saja,” katanya.
Khairul Amizam menjual ikan pari itu kepada peraih yang juga abang iparnya RM1 sekilo dan dia bersama Mohd Irwan dibayar RM130 untuk pari berkenaan.
Jom tengok gambar - tekan Readmore cepat
No comments:
Post a Comment