Pengikut Boyzzonne

Saturday, June 23, 2012

6 Tips dan Cara Meningkatkan Trafik Blog





Tips 1: Menulis dengan baik dan kerap
Penulisan blog yang mengandungi info-info berguna dan sentiasa dikemas kini memang bagus untukmenarik minat membaca anda untuk sentiasa melawat blog anda. Pastikan anda berkongsi sesuatu yang menarik dengan pembaca anda.

Tips 2: Pasang Meta Tags di Blog anda
On page SEO amat penting bagi membolehkan blog anda diindeks oleh search engine. Pemasangan meta tags di blog merupakan salah satu teknik berkesan on page seo blog anda.

Tips 3: Submit Blog anda ke Search Engine
Anda perlu ingat bahawa melalui cara ini, bukan bermakna blog anda akan terpapar di 'search results' secara serta merta, tapi peratusan untuk blog anda dipilih oleh search engine terkenal seperti Google dan Yahoo akan lebih besar.

Tips 4: Maksimumkan penggunaan blogroll
Anda perasan tak di sidebar kebanyakan blog mengandungi ruangan blogroll yang 'link'kan ke blog lain.Anda boleh menggunakan kesempatan ini untuk 'link exchange' dengan blog yang sama niche dengan anda.

Tips 5: Blog Commenting
Blog Commenting/ Komen di blog blogger lain membolehkan anda mendapat backlink sekiranya blog tersebut merupakan blog 'dofollow',selain dapat menaikkan nama anda dalam komuniti blogger. Blogger yang anda tinggalkan komen di blog mereka akan lawat balik blog anda. :)

Tips 6: Ingat Search Engine Optimization (SEO)
Sewaktu menulis post/ artikel baru, jangan lupa untuk masukkan beberapa keyword yang sesuai dengan blog dan tajuk artikel anda.


Semoga tipspanduan dan langkah ini dapat membantu meningkatkan trafik blog anda.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive