Pengikut Boyzzonne

Saturday, June 23, 2012

Hadiah meletup depan rumah - Perut terburai angkara dendam


ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat Cheng Feng dan anak lelakinya yang cedera parah akibat terkena letupan bom buatan sendiri di Sungai Petani, Kedah 

Malang menimpa seorang suri rumah dan anak lelakinya apabila mereka menjadi mangsa keadaan selepas bom buatan sendiri yang disyaki ditujukan kepada suaminya meletup hingga
menyebabkan perut wanita itu terburai, kedua-dua belah mata buta dan tangannya putus semalam.
Bom yang dihantar sebagai hadiah tersebut dibungkus di dalam bekas sebesar kotak pensel berukuran kira-kira 11 x 24 sentimeter oleh pihak yang disyaki berdendam dengan suami mangsa kerana persaingan perniagaan.
Bahan peledak itu dihantar ke dalam kawasan rumah mangsa di Jalan Angsana Sari 5, Taman Angsana Sari .
Kejadian mengerikan pada pukul 8.20 pagi itu berlaku ketika Tan Cheng Fang, 48, baru sahaja pulang dari sebuah pasar berdekatan bersama anak saudara lelakinya yang berusia 11 tahun. Cheng Fang merupakan isteri pemilik sebuah kilang membuat mi

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive