Pengikut Boyzzonne

Monday, June 18, 2012

Tauke pasar mini mati disamun


Seorang warga emas ditemui mati dengan kedua-dua tangannya diikat selepas disamun empat lelaki yang memecah masuk rumahnya di Taman Seri Melati di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Ghaffar Muhammad berkata, mangsa, Mohamad Ali Samsuddin, 61, ditemui mati di rumahnya dalam kejadian samun pada pukul 3.30 pagi.
"Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat," kata beliau kepada pemberita.
Abdul Ghaffar berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama isterinya baru sampai di rumah selepas selesai menguruskan perniagaan pasar mini mereka yang terletak tiga kilometer dari rumah pasangan itu.
"Tiba-tiba, empat lelaki menyerbu masuk lalu mengikat mangsa tetapi isteri mangsa, Rajiah Kamaruddin, 62, sempat menyelamatkan diri lalu meminta bantuan penduduk berhampiran menghubungi polis," kata beliau.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive