Pengikut Boyzzonne

Wednesday, June 20, 2012

Kantin guna Touch n go


MOHD. SIDEK (dua dari kiri) dan Poh Kon berbual dengan para pemenang Pemudah Challenge:Back To School di Putrajaya semalam.



Cadangan supaya kantin sekolah mengaplikasikan penggunaan kad Touch 'n Go menjadi antara 24 idea yang diangkat sebagai pemenang pada program Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PemudahChallenge: Back to School.
Pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Bintang Selatan, Kuala Lumpur, Nor Nabilah Rosli, 11, berkata, dia mendapat idea tersebut selepas
mendapati waktu rehat sekolah agak singkat menyebabkan murid-murid bergegas membeli makanan.
"Saya terfikir alangkah baiknya jika kantin menerima kad Touch 'n Go sebagai bayaran bagi mempercepatkan pembelian. Atas nasihat ibu bapa dan guru, saya menggunakan idea ini untuk menyertai program Pemudah Challenge: Back to School," katanya.
Sebagai pemenang, Nor Nabilah menerima hadiah berupa baucar buku bernilai RM100 yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan 

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive