Pengikut Boyzzonne

Monday, June 18, 2012

Majoriti terima tawaran saham - Untung orang Felda kaaannnn


MOHD. ISA (dua dari kiri) menyampaikan replika kad ahli alumni Kolej Yayasan Felda kepada Ruzman Awang di Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga di Bentong semalam.



Majoriti peneroka Felda bersetuju menerima tawaran saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) sebanyak 800 unit, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Samad.
Beliau berkata, hanya segelintir daripada 112,635 peneroka yang menolak tawaran saham berkenaan.
"Penyenaraian FGV dijadual pada 28 Jun di Bursa Malaysia dan kami telah
menerima maklum balas positif warga Felda walaupun ada yang tidak berpuas hati dengan jumlah saham yang ditawarkan kepada mereka.
"Tawaran saham sebanyak 800 unit itu wajar kerana mereka sebenarnya mempunyai saham sebanyak 20 peratus dalam bentuk tabung amanah dan dividen tahunan sepanjang hayat manakala kakitangan Felda tidak layak mendapat faedah itu.
"Oleh itu jangan mudah mendengar hasutan pihak-pihak tertentu yang cuba menggagalkan penyenaraian FGV," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival, Penjenamaan Semula dan Pelancaran E-Alumni Kolej Yayasan Felda di Dataran Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga dekat sini semalam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive