Pendedahan Kosmo! mengenai kegiatan segelintir warga Afrika yang membuka gerai makan di Jalan Desa 1/2, Desa Aman Puri, Kepong bagaikan tidak membawa sebarang
erti apabila mereka tetap meneruskan aktiviti tersebut.
Tinjauan Kosmo! semalam mendapati, gerai tersebut terus dikunjungi pelanggan warga Afrika yang datang secara berkumpulan untuk membeli makanan seawal pukul 5 petang hingga awal pagi.
Apa yang menghairankan, walaupun perbuatan tersebut nyata menyalahi undang-undang, mereka masih berani menjalankan perniagaan bersama-sama pengusaha gerai makan yang lain.
Manakan tidak, dua gerai warga Afrika itu terletak hanya bersebelahan beberapa gerai milik warga tempatan yang kelihatan tidak kisah dengan kehadiran Awang Hitam berkenaan.
Situasi itu secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada penduduk Desa Aman Puri yang berasa bimbang dengan kehadiran ramai warga Afrika di situ.
No comments:
Post a Comment